FUNGSI & KHASIAT BELLAVITA
• Antioksida yang kuat untuk melindungi sel-sel badan daripada kerosakan radikal bebas
• Membantu melambatkan proses penuaan dan mengekalkan umur biologi
• Membantu mengurangkan kedutan dan garis-garis halus dengan meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit
• Melindungi kulit daripada kerosakan sinar UV
• Menggalakkan pertumbuhan semula kolagen di dalam badan
• Menguatkan kuku dan rambut
• Mengelakkan pembekuan darah dalam saluran darah dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung, strok dan sebagainya
• Melancarkan peredaran darah dan menurunkan tekanan darah
• Membantu merendahkan tahap kolestrol terutamanya LDL kolestrol (kolestrol tidak baik)
• Meningkatkan kesihatan sendi, rawan dan kepadatan tulang
• Membantu mengekalkan sistem penghadaman yang baik dan sistem usus yang sihat
• Mencegah penyakit barah
• Memberikan kesan anti-bakteria, anti-kulat dan anti-virus yang tinggi
• Membantu mengurangkan berat badan dan pembendungan air di dalam badan
• Membantu membuang toksin dan logam berat dari tubuh
• Menggalakkan tidur yang baik dan tenang
• Meningkatkan tenaga, stamina dan ketahanan badan
• Meningkatkan keinginan seksual dan menstabilkan hormon
• Mencegah PMS dan simptom menopaus
BAHAN-BAHAN
Peptida Kolagen Marin, Asid Hyaluronik, Beri Acai, Oxxynea® (Buah Epal, Aprikot, Buah Ceri, Tomato, Lobak, Teh Hijau, Brokoli, Anggur Merah & Hijau, Buah Oren, Blackcurrant, Grapefruit, Bilberi, Betik, Nenas, Strawberi, Kubis Hijau, Bawang Merah, Bawang Putih, Buah Zaitun, Wheat germ, Timun, Asparagus), Campuran Ekstrak Beri (Kranberi, Raspberi, Strawberi, Blueberi, Beri Hitam), Resveratrol, Ekstrak Biji Anggur, L-Glutathione, Vitamin C, Asid Alpha-Lipoik, Ekstrak Kacip Fatimah, Ekstrak Manjakani, Ekstrak Akar Maca, Frukto-oligosakarida, Isomalto -oligosakarida, Fruktosa, Maltodekstrin, Asid Buah.
Apakah Antioksidan?
Antioksidan menentang tindak balas kimia yang dipanggil 'pengoksidaan', proses yang sama menukarkan pisang dan epal menjadi hitam, membuat logam menjadi berkarat dan minyak menjadi tengik. Pengoksidaan merupakan interaksi antara molekul oksigen dan bahan-bahan persekitaran. Apabila bahan persekitaran itu ialah tisu hidup,maka kerosakan dan penyakit akan berlaku. Antioksidan ialah bahan biokimia semulajadi yang wujud dalam badan untuk mengawal dan melindungi badan dan bertrillion-trillion sel badan daripada kesan kerosakan radikal bebas. Radikal bebas adalah molekul yang mempunyai sekurang-kurangnya 1 elektron dan mencuri elektron daripada molekul lain yang sihat, di mana ia akan menyebabkan kerosakan oksidatif atau tekanan oksidatif. Molekul antioksida mempunyai elektron yang berlebihan untuk dikongsi dengan molekul lain. Antioksida akan menderma satu atau lebih elektron berlebihan kepada radikal bebas. Dengan menderma satu elektron kepada radikal bebas, antioksida meneutralkan radikal bebas dan menghentikan semua ‘tekanan oksidatif’ yang akan menyebabkan kerosakan kepada sel-sel, tisu, organ dan kesejahteraan sistem badan. Tekanan oksidatif adalah penyebab utama kanser, penyakit jantung, melambatkan penuaan dan penyakit tua.
Buah-buahan dan Sayuran - Oxxynea®
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah penuh dengan vitamin, mineral, serat, dan beribu-ribu bahan kimia tumbuhan lain yang dikenali untuk memberi pelbagai manfaat kesihatan. Gabungan 28 buah-buahan yang telah dipupuk dengan teliti dan ditanam di Perancis adalah sumber terbaik untuk antioksidan dan anti-penuaan yang akan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. Ia akan membantu melindungi tubuh dari kerosakan sinaran UV, penyahhidratan dan penyakit degeneratif seperti penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson, Aterosklerosis, Kanser, Kencing Manis, Penyakit Jantung, Osteoarthritis, Osteoporosis dan Penyakit Kardiovaskular.
Peptida Kolagen Marin
Kolagen membentuk sejumlah besar komposisi protein dalam badan manusia seperti kulit, tulang, sendi, otot, rambut, kuku, ligamen, tendon, rawan dan saluran darah. 70% -80% daripada jumlah protein di dalam kulit adalah kolagen dan 70-80% daripada bahan-bahan organik di dalam tulang manusia terdiri daripada kolagen. Kolagen menguatkan saluran darah, pembentukan semula tisu dan wujud dalam kornea dan kanta mata. Badan bayi yang baru lahir adalah sangat kaya dengan kolagen tetapi apabila umur meningkat, badan kita tidak mampu untuk menghasilkan kolagen secukupnya. Kedutan mula muncul dan kulit menjadi semakin nipis, kendur dan hilang keanjalan serta kelembutan. Satu perubahan patologi dalam tulang akan berlaku yang akan mengakibatkan osteoporosis dan kekakuan sendi akibat kekurangan kolagen. Kajian telah menunjukkan, dengan meningkatkan kadar kolagen dalam badan, sokongan tisu akan meningkat, dan dengan itu ia akan memberi kesan yang baik kepada sendi dan organ-organ badan. Kulit akan bertambah tegang dan kedutan kurang kelihatan. Rambut akan menjadi tebal dan kuku akan menjadi lebih kuat.
Asid Hyaluronik (HA)
Asid hyaluronik adalah karbohidrat yang dihasilkan secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Ianya wujud dalam tisu penghubung, cecair sendi, kulit dan rawan. HA menyerupai ‘Jeli’ kerana keupayaannya untuk mengikat air. Gel ini berfugnsi untuk melincirkan bahagian tubuh seperti sendi dan otot. Manusia dilahirkan dengan asid ini tetapi ianya berkurangan apabila umur meningkat. HA mempunyai keupayaan melincir yang menakjubkan untuk membantu kulit menjadi licin dan elastik, melincirkan dan melindungi sendi, memastikan kolagen terhidrat, membantu sel-sel badan untuk mengekalkan kelembapan. Selain daripada bertindak sebagai anti-radang dan antioksida, HA mampu mengembalikan keanjalan dan penghidratan kulit untuk membantu untuk wajah kekal muda. HA juga mempercepatkan proses pembaikan luka dan membantu untuk mengekalkan kusyen sendi yang normal.
L-Glutathione
Glutathione adalah antioksidan semula jadi di dalam badan, ianya paling banyak terdapat di dalam setiap bahagian badan terutamanya paru-paru, usus, hati. Glutathione adalah 5000 kali lebih kuat daripada mana-mana antioksidan lain. Ia melindungi penglihatan, merangsang sistem imuniti, membantu menukar karbohidrat menjadi tenaga, menghalang pembinaan lemak teroksida penyebab aterosklerosis (timbunan kolesterol dan sisa lain di dalam arteri), mendetoksifikasi sebatian berbahaya di dalam hati, memberi kesan anti-penuaan, mempunyai keupayaan untuk mengitar semula antioksidan yang lain-lain seperti Vitamin C dan E, menggalakkan sintesis & pembaikan DNA dan bertindak sebagai perencat tyrosine yang akan menggalakkan kesan pemutihan pada kulit.
Resveratrol
Resveratrol adalah antioksidan dan bahan anti-radang yang ditemui di dalam batang, daun dan kulit anggur. Ia adalah 10-20 kali lebih kuat daripada Vitamin E, mencegah darah beku dengan memastikan saluran darah terbuka & elastik, membantu untuk menurunkan kolesterol, mencegah perkembangan penyakit jantung dan membantutkan pertumbuhan tumor. Ia juga amat bermanfaat dalam merawat dan mencegah kanser.
Ekstrak Biji Anggur
Biji anggur mengandungi phyto-medicine yang memberikan pelbagai faedah kepada kesihatan badan seperti melegakan kesakitan, tindak balas anti-radang dan perlindungan Ultra Violet (UV). Flavonoid di dalam biji anggur dipanggil Procyanidins Oligiomeric (OPC) memberikan perlindungan antioksidan 50 kali lebih dari Vitamin C dan E. Ia juga mempunyai keupayaan untuk menurunkan paras kolesterol dan tahap trigliserida dan secara langsung akan menjadikan LDL (kolesterol tidak baik) kurang cenderung untuk melekat pada dinding pembuluh darah . Ia membantu untuk mencegah kerosakan pada kapilari dalam badan dan meningkatkan bekalan darah ke kulit (yang membantu untuk mencegah kerosakan kolagen). Biji anggur membantu melegakan gejala-gejala yang dikaitkan dengan kerosakan radikal bebas, peredaran darah yang lemah, vena varikos, pembendungan air dalam badan, kerosakan kolagen, artritis, selulit, ekzema, penyakit jantung, tekanan darah, strok, serangan jantung, asma dan kencing manis.
Prebiotik
Prebiotik adalah bahan makanan yang tidak boleh dihadam oleh sistem penghadaman dan ianya sangat bermanfaat untuk sistem usus. Ia merangsang pertumbuhan mikro-flora yang baik di dalam usus besar. Secara langsung, badan akan menjadi lebih sihat dan kuat kerana sistem usus akan didetoksifikasikan dan proses penghadaman akan menjadi lebih lancar. Ia juga akan meningkatkan penyerapan kolagen dan nutrien lain. Prebiotik juga akan membantu untuk mencegah sembelit, kaser kolon dan penyakit pencernaan yang lain.
Vitamin C
Vitamin C adalah ‘vitamin larut-air’ yang tidak disimpan di dalam badan dan harus digantikan setiap hari. Vitamin C adalah antioksidan yang amat berkesan dan dapat menjana semula antioksidan lain seperti Vitamin E. Manusia tidak mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan Vitamin C, jadi kita perlu mendapatkannya melalui apa yang di makan. Ia juga diperlukan dalam pengeluaran kolagen dan satu komponen penting di dalam kulit, gusi, gigi, tendon, pembuluh darah, tulang dan ligamen. Vitamin C juga memainkan peranan yang penting dalam sintesis Neurotransmiter yang penting untuk fungsi otak. Di samping itu, ia sangat diperlukan untuk menghasilkan tenaga dalam sel-sel badan. Vitamin C merupakan antioksidan yang berkesan yang boleh meneutralkan radikal bebas yang merbahaya dalam proses tekanan oksidatif. Ianya dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi badan, melambatkan proses penuaan dan mencegah penyakit degeneratif seperti katarak, penyakit jantung, strok, kanser dan kencing manis.
Ekstrak Kacip Fatimah
Kacip Fatimah digunakan secara tradisional untuk mengekalkan kesihatan sistem pembiakan wanita. Ia juga membantu untuk mengetatkan dan melincirkan vagina serta meningkatkan daya seksual. Kacip Fatimah adalah kaya dengan phytoestrogen dan isoflavones yang boleh mengurangkan Sindrom Pra-Haid (PMS) dan gejala menopaus.
Ekstrak Manjakani
Manjakani berasal daripada pokok oak asli di Asia dan Persia. Ia kaya dengan Tannin, Vitamin A, Viamin C, Kalsium, Zat Besi, Asid Tannic, Asid Gaul, Serat, Protein dan Karbohidrat. Manjakani mempunyai astringen yang unik untuk bertindak memulihkan kesihatan dan otot dalam faraj. Ianya terkenal sejak zaman dahulu kala lagi di kalangan orang Arab, Parsi, India, Cina dan Melayu, dimana secara tradisinya mereka menggunakan Manjakani selepas bersalin dan untuk merawat vagina serta jangkitan berkaitan seperti gatal-gatal dan bau yang tidak menyenangkan. Ia juga amat berguna dalam mencegah kanser payudara dan kanser servik.
Acai Beri dari Brazil
Beri Acai adalah sejenis buah seakan buah anggur yang dituai dari pokok sawit Acai yang berasal dari hutan hujan Brazil, Amerika Selatan. Ianya merupakan sumber yang baik untuk antioksidan, serat, ‘lemak sihat’ untuk jantung dan nutrien-nutrien lain yang penting untuk kesihatan badan. Beri Acai dikenali sebagai 'Super Food' kerana manfaatnya yang tinggi dalam memerangi pelbagai masalah kesihatan seperti arthritis, kanser, kolesterol yang tinggi dan detoksifikasi.
Ekstrak Akar Maca dari Peru
Maca adalah tumbuhan yang berasal dari Andes Peru, yang tumbuh pada ketinggian yang lebih tinggi berbanding dengan tumbuhan yang lain di dunia. Maca sangat berkesan dalam meningkatkan tenaga, stamina dan sistem imunisasi badan. Maca mengandungi beberapa vitamin dan asid amino yang membantu untuk menyokong sistem endokrin manusia. Mineral penting yang terdapat didalam Maca ialah Kalsium, Fosforus, Zink, Magnesium dan Zat Besi. Selama berabad-abad, Maca telah digunakan untuk meningkatkan tahap tenaga serta daya tahan badan, meningkatkan nafsu seks, meningkatkan kesuburan dan mengimbangi pengeluaran hormon di dalam badan.
Asid Alpha Lipoik
Asid Alpha-Lipoik merupakan antioksidan yang kuat dalam membantu sel menukarkan glukosa kepada tenaga, menyahtoksin badan, mengelakkan keradangan dan membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah. Asid Alpha-Lipoik dikenali sabagai ‘Universal Antioxidant’ kerana ianya berupaya untuk larut di dalam lemak dan air. Oleh itu, ia boleh menembusi tisu yang terdiri daripada lemak, seperti sistem saraf, serta yang tediri daripada air, seperti jantung, untuk dilindungi dari kerosakan radikal bebas. Asid Alpha-Lipoik juga membantu badan untuk menggunakan antioksidan yang lain seperti vitamin E, vitamin C, dan Glutathione dengan lebih cekap. Asid Alpha-Lipoik adalah satu antioksidan yang paling kuat ditemui sehingga kini. Ia membantu meningkatkan bekalan Glutathione kepada badan, antioksidan semula jadi yang paling banyak wujud di dalam badan yang boleh meneutralkan radikal bebas sebelum ianya merosakkan sel-sel badan. Radikal bebas akan melemahkan sistem imunisasi badan untuk melawan jangkitan dan ia juga penyebab penyakit jantung dan kanser.
PENGAMBILAN
Pengambilan supplemen boleh bermula pada mana-mana peringkat umur. Ramai orang yang berminat untuk mengambil supplemen khuatir kerana mereka mungkin terlalu muda atau terlalu tua. Sama ada anda berada dalam lingkungan umur 20-an, 30-an, 40-an atau lebih tua, anda boleh mula mengambil langkah untuk melawan tanda-tanda penuaan dengan menggabungkan supplemen ini dalam diet harian.
Siapakah yang patut mengambil BellaVita?
• Ingin mengambil pendekatan pro-aktif dalam mengekalkan kesihatan
• Sentiasa terdedah kepada sinar UV matahari
• Menghidap diabetes, kolesterol, jantung dan tekanan darah tinggi
• Sering berada di dalam persekitaran yang berhawa dingin
• Perokok yang aktif dan pasif
• Kadar metabolisma badan yang rendah
• Hormon yang tidak stabil
• Wanita yang baru melahirkan
• Keinginan seks yang rendah
• Serius untuk melindungi kulit dan memperbaiki penampilan dengan mengurangkan tanda-tanda penuaan dan mengurangkan garis halus serta kedutan.
• Ingin mengawal pengeluaran melanin supaya kulit menjadi lebih putih dan sekata serta mencerahkan jeragat, bintik hitam dan pigmentasi lain.
• Mengalami masalah parut jerawat & jerawat, kedut, kulit kendur, kulit berminyak, kulit kering dan kulit kusam.
• Diet yang tidak seimbang - tidak boleh mengekalkan 5 hidangan makanan dan sayur-sayuran yang berbeza setiap hari
• Tidur yang tidak mencukupi dan inginkan tidur yang nyenyak supaya dapat meningkatkan tenaga dan kecergasan badan.
Cara Pengambilan
Larut campuran dalam 150ml air, kacau dan sedia untuk di minum. Ambil 1 hingga 2 paket setiap hari.
Nota Tidak sesuai untuk wanita hamil.
Harga : RM 179.00
Tiada ulasan:
Catat Ulasan